Ramai Yang Melupakan Rahmat Dan Nikmat Dari-Mu


Setiap detik Engkau cucuri rahmat dan nikmat terhadap hamba-hamba-Mu

Rahmat yang berbagai-bagai bentuknya dan nikmat yang bermacam-macam coraknya

Sama ada yang bersifat maddi mahupun bersifat maknawi dan rohani

Namun demikian ramai di kalangan hamba-hamba-Mu tidak menganggap dari-Mu

Mereka menganggap segala-galanya dari kemampuan dan usaha-usaha mereka

Kejayaan mereka, mereka berbangga dan sombong

Mereka sungguh melupakan-Mu

Nama-Mu terus dilupakan, jauh sekalilah Engkau disembah

Seolah-olah mereka tidak perlu kepada-Mu

Mereka menyangka boleh hidup dengan tenaga dan usaha mereka

Patutlah Engkau berlepas diri daripada mereka

Kerana kesombongan dan keangkuhan mereka

Sekarang apa sudah jadi?

Mereka hidup huru-hara

Hidup mereka dan sengsara

Engkau datangkan berbagai bala

dan Engkau turunkan bermacam-macam bencana

Menjadikan nikmat yang mereka miliki itu tidak ada ertinya lagi

Moga-moga mereka sedar dan insaf

Moga-moga mereka kembali mencari-Mu

Mereka akan merasakan Engkau adalah diperlukan

Engkau adalah segala-galanya

Itulah sahaja jalan keluar buat mereka daripada derita dan sengsara

Sebelum terlambat, sebelum ditangkap oleh malaikatul maut

Segala penyesalan sudah tidak ada erti apa-apa

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi